PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengakui sebahagian kawasan rentis milik mereka di Pulau Meranti, Puchong seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia minggu lalu diceroboh pendatang asing tanpa izin (PATI). Malah, tanah berkenaan didapati digunakan untuk aktiviti tanaman kontan dan diusahakan secara haram. Syarikat utiliti itu menjelaskan, hasil semakan mendapati aktiviti penanaman sayuran dan kontan di kawasan rentis tidak mempunyai kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak pernah mendapat kebenaran…