Task force dibentuk banteras lebih 60 lombong haram

Task force dibentuk banteras lebih 60 lombong haram

FADILLAH Yusof ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan MMN2 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan merancang menubuhkan pasukan petugas khas dalam usaha mengatasi isu perlombongan haram pelbagai jenis galian di seluruh negara.

Bahkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihak Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan kesemua kerajaan negeri dalam pasukan tersebut.

Pada masa sama, kata beliau, Kerajaan Persekutuan turut mengambil perhatian serius terhadap isu berkaitan penerokaan sumber mineral secara haram terutama di lokasi rentan seperti hutan simpan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar.

“Kita akan tegas menguatkuasakan kes aktiviti perlombongan haram ini kerana ia bukan sahaja merugikan ekonomi, malahan menjejaskan teruk keseimbangan alam,” tegasnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mineral Negara (MMN) Kedua yang turut dihadiri menteri-menteri besar dan wakil ketua-ketua menteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, aktiviti membanteras perlombongan haram itu akan bergerak dalam masa terdekat dengan melibatkan pihak polis, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Jabatan Perhutanan di negeri.

Secara umum ujar beliau, kerajaan melihat potensi besar mineral boleh membangunkan pendapatan negara dengan nilai keseluruhan dianggarkan mampu mencecah RM4 trilion.

Pada masa sama, beliau juga prihatin dengan pendedahan media melaporkan mineral amat tinggi dilombong haram ketika ini ialah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).

Ditanya mengenai negeri manakah yang paling banyak kes kegiatan perlombongan haram, Fadillah berkata, setakat ini Kedah dilaporkan tertinggi, namun beliau tiada rekod tepat.

Perkara berkenaan bahkan tambah beliau, turut diakui sendiri oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor yang ada hadir pada mesyuarat MMN tersebut.

Sehubungan itu, kerajaan bersetuju prosedur operasi standard NR-REE di Malaysia akan berpandukan kejayaan projek rintis yang dilaksanakan di Perak lebih setahun lalu.

“Secara umum, enam kertas dibentangkan dalam Mesyuarat MMN kali ini akan dibawa ke peringkat Majlis Tanah Negara bagi tujuan pengesyoran dan persetujuan,” jelas beliau.

Ini katanya, termasuk hasil penilaian potensi sumber mineral negara serta penyelidikan dan pembangunan berkaitan sektor perlombongan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya