Tak serik buat filem animasi - Utusan Malaysia

Tak serik buat filem animasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK menghasilkan filem animasi pertama tentang seekor katak bernama Ribbit pada 2014, timbul minat buat anak seni ini untuk melakukan penyelidikan lebih mendalam tentang habitat flora dan fauna.   

Walaupun filem tersebut tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Group, Datuk Norman Abdul Halim tetap gigih meneruskan usaha menghasilkan filem animasi yang lain. 

Jelasnya, dia mahu menyampaikan mesej penting tentang hidupan liar, tumbuh-tumbuhan dan pemuliharaan alam sekitar kepada penonton. 

“Pada 2017, kami pernah buat watak Zan Orangutan untuk dijadikan sebagai filem animasi. 

“Kami buat penyelidikan untuk mendalami isu yang dialami orang utan di Borneo. Sejak itu, saya lebih mendalami isu-isu melibatkan kehidupan yang terdapat di dalam hutan,” katanya. 

Norman berkata, filem animasi yang dihasilkan dengan Astro Shaw dijangka ditayangkan di pawagam pada awal 2024. 

“Setakat ini kita lebih memfokuskan kepada aspek penceritaan sebelum mengenal pasti watak bersesuaian yang akan menggalas peranan sebagai suara latar dalam kedua-dua bahasa.  

“Suara latar Bahasa Inggeris kita sudah rakam di Amerika Syarikat, Bahasa Melayu sahaja belum dikenal pasti lagi,” jelasnya.

Untuk rekod, Norman yang bertindak selaku penerbit mengeluarkan kos keseluruhan kira-kira RM13 juta bagi menghasilkan naskhah animasi ketiga terbitan Kartun Studios itu. 

Dua tahun lalu, Norman mempertahankan keputusan untuk menunggu pawagam dibuka semula bagi tayangan filem ini, sekali gus menolak tayangan menerusi platform dalam talian. 

WETLAND STUDIOS

Jelas Norman, watak animasi Zan Orangutan bakal diperkenalkan sebagai maskot Wetland Studios Putrajaya yang merupakan sebuah taman tema didik hibur berhawa dingin yang berteraskan teknologi. 

Katanya, tarikan baharu yang terletak di Taman Wetland Putrajaya, iaitu wetland air tawar buatan manusia terbesar di kawasan tropika menawarkan kandungan bertemakan pemuliharaan alam sekitar serta perlindungan hidupan liar. 

Pada masa sama, ujarnya, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan syarikat rakaman, Universal Music bagi menghasilkan lagu kanak-kanak berdasarkan maskot KiKaKo Kids yang terdapat di taman itu. 

KiKaKo Kids kini dalam proses penerbitan sebagai siri animasi di televisyen. Hala tuju perniagaan kami mungkin berbeza dengan syarikat animasi lain sebab kami lebih memfokuskan kepada watak animasi mengenai haiwan. 

“Sebelum ini, kita sudah ada watak animasi seperti katak, orang utan, titisan air (KiKaKo Kids) dan perancangan akan datang tentang watak animasi Harimau Malaya,” katanya. 

Wetland Studios Putrjaya merupakan projek yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perbadanan Putrajaya dan KRU Studios Sdn. Bhd. dengan kos pembikinan RM10 juta. 

Projek itu bertujuan menonjolkan peranan Taman Wetland yang terletak di Presint 13, kepada masyarakat setempat dengan keindahan flora dan faunanya. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya