Tahap kesihatan mental Hafidz Roshdi makin pulih - Utusan Malaysia

Tahap kesihatan mental Hafidz Roshdi makin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Hafidz Roshdi memaklumkan tahap kesihatan dan semangat dirinya semakin pulih selepas mendapat sokongan penuh daripada individu di sekeliling.

Jelasnya, perubahan itu berlaku hasil bimbingan, kepercayaan dan kasih sayang erat oleh setiap ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan selebriti dan peminat.

Perkembangan positif itu, katanya, membuatkan dia kini bersedia untuk kembali bertugas sebagai pelakon mahupun menerima sebarang tawaran pekerjaan lain.

“Saya bersifat terbuka jika punca rezeki dari mana-mana industri demi meneruskan tanggungjawab sebagai insan terutamanya sebagai Abah kepada kedua-dua anak kandung saya iaitu Humairah dan Umar.

“Saya juga terbuka untuk membuat tugasan seperti ulasan produk dan yang bersesuaian bagi mana-mana pihak terbabit. Asalkan saya terus menerima rezeki yang halal,” tulisnya dalam Instagram, semalam.

Hafidz turut berdoa dan berharap dapat menjalani kehidupan sebagai insan biasa seperti sebelum ini dan isu peribadinya akan diadili tanpa menjejaskan mutu dan komitmen kerjanya.

Terdahulu, Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin hari ini menetapkan 20 Jun depan bagi prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Prosiding tersebut berhubung isu lafaz cerai di luar mahkamah yang dikatakan berlaku sebanyak dua kali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN