Polis tangkap kuda belang peliharaan terlepas di Tennessee

Polis tangkap kuda belang peliharaan terlepas di Tennessee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENNESSEE: Seekor kuda belang peliharaan yang terlepas dari kandangnya dan menjadi tular di media sosial setelah berkeliaran lebih seminggu di Tennessee akhirnya berjaya ditangkap pada Ahad, menurut pihak berkuasa.

Kuda belang yang dikenali sebagai Ed the Zebra ditemui selamat di sebuah padang rumput berhampiran kawasan perumahan di komuniti Christiana, Tennessee tengah, kata Pejabat Sheriff Daerah Rutherford. 

Pihak sheriff memaklumkan Ed berjaya ditangkap oleh pasukan udara mereka.

“Ed telah diterbangkan dengan helikopter dan dibawa ke treler haiwan yang sedang menunggu,” menurut kenyataan rasmi pejabat sheriff.

Video yang dimuat naik oleh pihak berkuasa menunjukkan Ed dibalut dalam jaring dengan kepalanya terjulur keluar ketika diangkut menggunakan helikopter ke lokasi pemindahan.

Menurut pejabat sheriff, Ed tiba di Christiana pada 30 Mei dan dilaporkan hilang oleh pemiliknya sehari kemudian.

Kuda belang itu pernah dilihat dan dirakam berlari di sepanjang Lebuhraya Interstate 24, memaksa pihak berkuasa menutup jalan tersebut buat sementara waktu.

Namun, Ed sempat melarikan diri ke kawasan hutan berdekatan.

Kelibat Ed turut dikongsi di media sosial termasuk rakaman yang menunjukkan kuda belang itu berkeliaran di sebuah kawasan kejiranan.

Ed menjadi bintang internet ‘segera’ dengan pelbagai meme lucu mula tersebar, antaranya siaran palsu menunjukkan kuda belang itu menjamu selera di restoran Waffle House, manakala yang lain menggambarkan dia sedang melawat bandar-bandar lain di Tennessee atau mengemis di tepi jalan.

Insiden ini berlaku sebulan selepas seekor kanggaru peliharaan terlepas dan menyebabkan sebahagian lebuh raya di Alabama ditutup. -APN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN