Susah cari pelakon yang betul-betul boleh berlakon - Mior Hashim Manap - Utusan Malaysia

Susah cari pelakon yang betul-betul boleh berlakon – Mior Hashim Manap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lantang menyuarakan pandangan, pengarah dan pelakon, Mior Hashim Manap tidak kisah dikritik gara-gara menegur sikap malas segelintir pelakon baharu.

Katanya, teguran dibuat atas kapasiti sebagai penggiat seni yang lebih tiga dekad berkecimpung dalam bidang filem, drama dan teater.

“Teguran adalah untuk mengingatkan dan memperbetul keadaan. Jangan jadikan seni sebagai platform hiburan semata-mata.

“Saya berani kata susah cari pelakon yang betul-betul boleh berlakon. Ramai yang sekadar ‘hafal dialog’.

“Rupa paras serba serbi lengkap. Tapi sejumlah besar tak sanggup lalui proses bina karakter, dialog. Semua nak cepat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sambung Mior, dia kecewa sikap pelakon yang tergesa-gesa dalam menjalankan kerja, beralasan menerima terlalu banyak tawaran lakonan sehingga tidak sempat mendalami skrip dan watak.

“Ada yang bangga kerana berjaya hafal dialog dekat set sedangkan skrip lebih awal mereka terima. Alasan tak sempat hafal kerana ada komitmen dengan drama atau filem lain.

“Mungkin mereka bernasib baik dapat pengarah yang hatinya lembut dan tak mudah melenting.

“Kebiasaan pelakon yang bagus, dia tak main ambil job sampai menyusahkan diri. Contoh Amerul Affendi, dia tak ambil semua malah pilih skrip yang betul-betul bagus,” kongsinya.

Dalam pada itu, Mior menasihatkan pelakon baharu agar mencontohi disiplin kerja pelakon lama yang baginya, terbaik.

“Saya bekerja dengan ramai pelakon, baharu dan lama. Saya juga pernah bekerja dengan pelakon bertaraf legenda seperti Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.

“Pelakon baharu kena teladani disiplin beliau yang menepati masa dan bersedia sebelum berada di set penggambaran lagi. Itu etika kerja yang Allahyarham bawa dari Jalan Ampas lagi,” ujarnya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya