Sukar faham poligami- Daniella Sya - Utusan Malaysia

Sukar faham poligami- Daniella Sya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Daniella Sya, 35, mengakui sukar memahami maksud poligami sebelum membintangi naskhah Hijrah Jannah.

Daniella atau Daniella Sya Yeng Yeng berkata, membawakan watak seorang mualaf yang terpaksa berpoligami dalam drama bersiri itu membuka matanya terhadap konsep suami beristeri lebih daripada seorang.

“Sebelum saya ambil watak ini, pandangan saya terhadap poligami bukan bagus. Lepas buat drama ini, saya belajar ada indahnya berpoligami namun ia mestilah bersandar kepada kefahaman al-Quran.

“Sejujurnya, sebagai orang bukan Islam, susah untuk faham poligami.

“Melihat kepada jalan cerita ini,  ada yang menggunakan agama untuk perkara yang tidak patut. Ia membuatkan saya trauma (secara emosi) kerana cara pelaku melayan Jannah,” katanya kepada Utusan Malaysia di majlis pratonton drama Hijrah Jannah baru-baru ini.

Ini bukan kali pertama Daniella membawakan watak mualaf. Bahkan, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini tidak kekok mengenakan hijab.

“Saya selesa bertudung sebab tak perlu fikir tentang rambut. Tak tahu kenapa, tapi selama berhijab saya rasa selamat dan tenang,” tambahnya.

Tidak mahu berahsia, Daniella mengakui sedang menjalin hubungan istimewa dengan kekasihnya yang juga berbangsa Melayu.

Sudah tentu, topik ke arah perkahwinan pernah dibualkan namun masing-masing enggan terburu-buru melangkah ke fasa seterusnya.

“Benar, dia Melayu. Bukan artis. Kami pernah bercakap tentang kahwin namun belum ke arah itu.

“Jika saya bertanya tentang Islam kepada orang beragama Islam, mereka selalu berpandangan positif. Lagi pula kita hidup secara inklusif bercampur kaum.

“Saya menyukai si dia kerana dia sopan dan baik di samping sangat menghormati saya,” jelasnya.

Daniella Sya bakal bergandingan dengan Puteri Sarah Liyana dan Remy Ishak. Drama bersiri 40 episod ini bakal bersiaran di Astro Ria bermula 5 Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya