PETALING JAYA: Kawasan Kuala rai, Pasir Mas dan Rompin kekal berada di suhu tahap 1 iaitu berjaga-jaga.
Namun menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dua lagi kawasan memasuki tahap 1 iaitu Padang Terap dan Sibu.
Menurut MetMalaysia, suhu maksimum harian bagi kawasan yang berada di tahap tersebut ialah 35 darjah Celsius dan boleh mencapai sehingga 37 darjah Celsius.
Tambahnya, keadaan suhu tersebut akan terus berlaku sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Sementara itu, kawasan Muar yang sebelum ini berada di tahap satu telah beransur pulih kembali pada suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.
MetMalaysia memaklumkan, masih belum ada kawasan di negeri-negeri dalam negara yang melepasi suhu maksimum pada tahap dua (gelombang haba) dan tahap tiga (gelombang haba ekstrem).
Anggaran suhu pada kedua-dua tahap tersebut 37 darjah Celsius dan meningkat sehingga lebih daripada 40 darjah Celsius. – UTUSAN