Serah cek kepada keluarga mangsa kemalangan di rumah terbuka

Serah replika cek kepada keluarga mangsa kemalangan MPKK

AHMAD Zakiyuddin (kiri) bergambar kenangan selepas menyerah replika cek kepada dua keluarga Program Perlindungan Kemalangan Peribadi Secara Berkumpulan sempena Majlis Rumah Terbuka di Dewan Midtown Perda Venture Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMPIR 10,000 orang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman di Dewan Midtown Perda Venture Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.
Sempena majlis itu, Ahmad Zakiyuddin turut menyerahkan replika cek kepada dua orang keluarga mangsa kemalangan maut Program Perlindungan Kemalangan Peribadi Secara Berkumpulan untuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Katanya, keluarga berkenaan masing-masing menerima sumbangan RM21,000 dan sehingga hari ini, sebanyak empat tuntutan kemalangan maut telah dilakukan di negeri Pulau Pinang berjumlah RM84,000.

“Kerajaan negeri mengharapkan semua anggota MPKK akan terus memberi perkhidmatan terbaik dan kerjasama serta komitmen itu bagi memastikan semua dasar, program kerajaan dapat dilaksanakan untuk kebaikan komuniti tempatan,” katanya lagi.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN