Saya tidak pernah berkonfrontasi dengan Kedah berkenaan isu air - Kon Yeow - Utusan Malaysia

Saya tidak pernah berkonfrontasi dengan Kedah berkenaan isu air – Kon Yeow

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menegaskan beliau tidak pernah berkonfrontasi dengan Kerajaan Negeri Kedah berkaitan isu air.

Kon Yeow berkata, sesiapa sahaja yang sering mengikuti sidang akhbar atau apa sahaja kenyataan daripada beliau akan sedia maklum yang mana beliau tidak pernah mengkritik Kedah berhubung kejadian penurunan paras air Sungai Muda baru-baru ini.

”Bila kenyataan saya kritik Kedah atas kejadian ini (penuruan paras Sungai Muda), orang lain konfrontasi saya tidak tahu.

”Saya sampai minta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) siasat bagi mendapatkan kepastian apa yang berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Pas Pulau Pinang yang menyeru kerajaan negeri supaya menghormati dan tidak lagi berkonfrontasi dengan Kedah berkaitan isu air.

Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, ia memandangkan Pulau Pinang bergantung kepada bekalan air dari Sungai Muda yang terletak di bawah kawal selia Kerajaan Negeri Kedah menerusi Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Lembaga Pengurusan Lembangan serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Ahad lalu, pengguna air di beberapa kawasan di Pulau Pinang mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air susulan penurunan mendadak paras air Sungai Muda awal pagi hari tersebut.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, SPAN telah membuat lawatan ke Kedah dan Pulau Pinang bagi menyiasat insiden penurunan paras air Sungai Muda.

“SPAN sudah buat lawatan sejak semalam dan mereka akan siasat apa yang menyebabkan paras air menurun dan akan memberi hasil siasatan dan langkah yang perlu dilaksanakan.

”Kita harap SPAN akan dapat lihat keadaan sebenar dan bawa isu ini ke peringkat Pusat bagi segerakan apa sahaja projek berkaitan bekalan air yang masih belum disiapkan,” katanya.

Sementara itu, tambah beliau, kerajaan negeri juga bersedia menerima apa sahaja cadangan, pandangan atau kritikan terhadap pihak berkuasa air Pulau Pinang, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi menambah baik pengoperasian bekalan air di negeri ini.

“Kita juga akan meneruskan usaha supaya rundingan berkaitan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) dapat diteruskan agar Pulau Pinang akan memperoleh sumber air mentah baharu.

”Kita juga mempunyai pelan kontigensi sementara menunggu SPRWTS diluluskan, yang mana terdapat lapan projek yang ingin dilaksanakan termasuk pembinaan loji rawatan air dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya