Saya kelihatan comel apabila bertudung - Amanda Tan - Utusan Malaysia

Saya kelihatan comel apabila bertudung – Amanda Tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon baru, Amanda Tan, memaklumkan tindakannya memuat naik content bertudung di media sosial tidak didorong oleh niat negatif.

Sebaliknya, kata bekas peserta program Fit For Action itu, tindakan tersebut adalah cara untuk meraikan kepelbagaian budaya, agama dan bangsa di negara ini.

“Tak ada niat apa-apa pun. Bahkan sebelum ini saya pernah memperagakan koleksi telekung sebuah jenama tempatan. Jadi, bagi saya tak ada yang salah dengan content tersebut.

“Kita orang Malaysia, sebuah negara unik dengan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya.

“Saya mahu beri penghormatan dan raikan kepelbagain itu. Saya bangga jadi anak Malaysia dan inilah cara saya dibesarkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Disoal tentang reaksi netizen, jawab anak kelahiran Ipoh, Perak itu, rata-rata pengikut di media sosialnya menyambut baik dan tidak seorang pun yang melayangkan komen negatif terhadapnya gara-gara content berkenaan.

“Reaksi netizen setakat ini, baik. Semua komen yang baik, tak ada yang negatif. Tambahan pula, ini bukan pertama kali saya muat naik content yang sama.

“Malah ada yang puji, kata saya kelihatan seperti perempuan Melayu ketika bertudung. Saya anggap itu satu penghargaan.

“Saya gembira apabila ada yang sifatkan rupa saya melambangkan keunikan Malaysia. Saya anggap ia satu kelebihan yang membolehkan saya berlakon pelbagai watak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Amanda mengakui dia merasakan dirinya kelihatan comel apabila memakai tudung.

“Saya tak tahulah saya ini ‘syok sendiri’ atau apa. Tapi memang saya rasa saya kelihatan comel apabila bertudung. Nampak lain daripada biasa.

“Saya rasa keadaan ini sama dengan orang Melayu atau India yang menyarungkan pakaian tradisional Cina, tentu mereka juga rasakan diri mereka nampak comel,” sambungnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.