Saya dulu pun berlakon kayu - Ummi Nazeera - Utusan Malaysia

Saya dulu pun berlakon kayu – Ummi Nazeera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ummi Nazeera tidak pernah menganggap kehadiran pelakon baharu terutama di era media sosial ini sebagai satu persaingan dan perlu dirisaukan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ummi berkata, dia lebih teruja melihat keberanian dan keyakinan pelakon-pelakon baharu dalam membawa sesuatu watak dan terbuka jika menerima kritikan.

“Mereka (pelakon baharu) sangat yakin dan berani. Mungkin kerana kebanyakkan mereka datang dari dunia media sosial. Tak macam zaman saya dulu. Kalau nak cakap pasal lakonan, biasalah.

“Saya sendiri pun dulu kayu. Bila kita belajar daripada pengalaman, itu semua meningkatkan ilmu dan teknik lakonan. Saya sendiri masih beruru dengan pelakon-pelakon senior.

“Kita harus kenal watak terlebih dahulu. Dalami karakter dan watak itu untuk apa. Apa perjuangan watak tersebut. Dari situ, kita akan serasi dengan sesebuah watak yang dilakonkan,” katanya.

Tambah pelakon Risik Pada Hati ini lagi, kehadiran pelakon-pelakon baharu untuk membantu merancakkan lagi industri seni kerana baginya, dunia lakonan kekurangan pelakon.

“Kalau mereka bersungguh-sungguh mahu jadi pelako, itu bukan satu masalah. Kita patut raikan dan bantu mereka, jika mereka mahu. Mereka bantu warnai industri seni kita.

“Cuma nasihat saya, jika mahu mengharumkan industri seni, beri yang terbaik apabila berkarya. Belajar dan terus belajar. Pergi kelas lakonan, berguru dengan mereka yang lebih hebat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya