SHAH ALAM: Jabatan Imigresen mengutip lebih RM100 juta hasil kutipan levi dan kompaun menerusi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 di negeri ini.
Menurut Pengarah Imigresen Selangor, Dr. Muhammad Syahmi Jaafar, jumlah kutipan bermula Januari hingga 10 Mei lalu itu adalah hasil permohonan pendaftaran melibatkan seramai 182,754 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi program terbabit.
“Sektor paling tinggi mendaftar adalah pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan. Selangor ini memang negeri termaju dengan pengoperasian kilang-kilang di kawasan perindustrian.
“Jumlah tenaga buruh yang tinggi bermastautin di Selangor juga antara penyumbang kepada peningkatan permohonan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau pelaksanaan RTK 2.0 bagi Pembantu Rumah Asing (PRA) di Kompleks PKNS di sini semalam.
Belau menjelaskan, daripada jumlah permohonan itu didapati 20,794 PATI telah selesai urusan verifikasi dan 19,699 permohonan diluluskan urusan verifikasi mereka. – UTUSAN