Remy Ishak rancang tawaran berlakon - Utusan Malaysia

Remy Ishak rancang tawaran berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Saya pertama kali nak jadi bapa, sedang buat persiapan.”

Pelakon, Remy Ishak, 41, tersenyum menceritakan persediaannya bakal bergelar seorang bapa memandangkan isterinya, Ezza Yusof, 40, bakal bersalin Ogos ini.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak sedaya upaya merancang tawaran lakonan yang diterimanya termasuklah beberapa projek FIlem agar dapat menemani isteri sekali gus menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya.

“Tentang persediaan, saya banyak tanya dan rujuk isteri. Juga ada berbincang untuk bercuti (daripada berlakon dalam tempoh itu).

“Saya ada menerima beberapa tawaran projek filem. Namun saya akan aturkan sebab saya mahu isteri bersalin terlebih dahulu. Manakala drama memang saya hanya akan ambil setahun sekali. Sebabnya drama memerlukan persediaan mental dan ia sangat penat.

“Tambahan pula di Malaysia sekarang kita banyak drama dengan episod yang panjang,” katanya ketika ditemui di majlis pratonton drama Hijrah Jannah, baru-baru ini.

BINCANG POLIGAMI DENGAN ISTERI
Bakal beraksi untuk sebuah drama Hijrah Jannah dengan membawakan karakter suami yang berpoligami.

Mengakui pengalaman melakonkan watak itu membuatnya mendalami maksud sebenar poligami yang digariskan agama, Remy berharap dapat mengubah stigma buruk terhadap lelaki yang berkahwin lebih daripada satu.

“Saya percaya perjalanan semua orang berbeza. Ada orang yang okay berpoligami, ada yang sebaliknya.

“Namun ia berbalik kepada niat atas dasar apa seseorang itu ingin berpoligami. Adakah ia keperluan atau sekadar kehendak. Projek drama ini bagus kerana ia membuatkan penonton lebih terbuka tentang poligami dan tidak senang menghukum seseorang yang mengambil keputusan berpoligami,” tambahnya.

Bukan itu sahaja, Remy mendedahkan turut membincangkan persoalan tentang poligami bersamasama isterinya, Ezza.

“Kenapa Islam benarkan poligami? Saya pun ada bercakap tentang perkara ini dengan isteri. Saya kata kalau kita diuji sebegini, tolong jangan marah. Saya akan cuba jaga diri saya supaya ia tak akan terjadi. Namun jika Allah beri perasaan dan kita tak boleh kawal, kita kena berbincang,” katanya.

Walaupun selepas bergelar seorang suami, Remy sesekali turut mendapat mesej dan gambar yang cuba menggodanya daripada nombor yang tidak dikenali. Semuanya ditunjukkan kepada isteri.

Bagi Remy, ketelusan dan kejujuran adalah kunci yang penting dalam sebuah rumah tangga yang bahagia.
“Saya ada sahaja dapat mesej. Saya tunjuk semua gambar atau mesej itu kepada isteri. Kadang nombor tak dikenali daripada luar negara.

“Saya rasa ketelusan penting dalam perkahwinan supaya jika ada benda yang berlaku di masa depan, isteri tahu saya seorang yang bagaimana. Kalau tak jujur atau banyak benda yang disembunyikan, ia akan menimbulkan masalah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya