SERAMAI 800 orang ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Jerantut telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 di Jerantut, Pahang baru-baru ini.
Ketua Cawangan PVATM Jerantut, Hashim Aziz berkata, majlis mesyuarat telah dirasmikan oleh wakil Menteri Besar Pahang yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri Damak, Haris Salleh Hamzah yang telah menitip beberapa pandangan serta motivasi untuk mengisi kebajikan ahli PVATM Jerantut.
“Pertemuan mesyuarat agung tahunan ini selain untuk merencana program memanfaat kebajikan ahli persatuan, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan sesama ahli serta pemimpin setempat lebih lagi kita masih berada dalam kemeriahan hari raya di bulan Syawal,” katanya di Jerantut, Pahang baru-baru ini.- utusan










