KLUANG: Seorang penjual durian di Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran bulatan MARDI dekat sini hanya mampu menggigit jari selepas semua buah durian yang dijualnya dilarikan seorang lelaki. Akibat kejadian itu, Mohd. Ghazali Esa, 45, kerugian kira-kira RM3,000 selain perlu membayar ganti rugi kepada pembekal buah berkenaan. Menurutnya, kejadian petang kelmarin itu terlalu pantas sehingga dua lagi pekerja yang ada di gerai sama tergamam melihat lelaki berkenaan yang terus memecut laju ke bulatan MARDI dan tidak dapat dikesan arah tujuannya. Katanya, dia langsung tidak menyangka lelaki berkenaan yang mahu membeli durian dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya