Pulau Pinang anggap 'gurauan' Muhammad Sanusi serius - Utusan Malaysia

Pulau Pinang anggap ‘gurauan’ Muhammad Sanusi serius

CHOW Kon Yeow pada sidang akhbar mengenai Penang International Food Festival 2023, di Lebuh Pantai, George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pulau Pinang menganggap ‘gurauan’ Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut adalah satu perkara yang serius.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ‘gurauan’ sedemikian oleh Muhammad Sanusi bukan sesuatu perkara yang baharu, malah banyak isu berkaitan Pulau Pinang disebut oleh Menteri Besar Kedah itu sebelum ini.

”Menteri Besar Kedah menyatakan dia bergurau bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah, (tetapi) ia bukan satu gurauan yang baharu, tetapi gurauan secara serius.

”Maka kita pun dengar secara serius, jadi (Muhammad) Sanusi boleh terus bergurau,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Muhammad Sanusi terus menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut apabila menegaskan Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.

Dalam pada itu, ditanya sama ada Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhammad Sanusi, Kon Yeow berkata, Pulau Pinang bersedia untuk berdepan dengan Menteri Besar Kedah itu di mahkamah.

“Seperti isu-isu sebelum ini, kita memang kata kita jumpa di mahkamah.

”Apa-apa tuntutan termasuk bayaran air, tuntutan ke atas Seberang Perai, kita jumpa di mahkamah, namun sehingga kini, Muhammad Sanusi hanya bergurau dan tidak pernah mengambil apa-apa tindakan undang-undang,” katanya.

Kon Yeow berkata, beliau tidak berani untuk menasihatkan Menteri Besar Kedah itu untuk menghentikan ‘gurauan’ berkaitan Pulau Pinang kerana adalah lebih baik rakyat Kedah serta pengundi negeri itu sendiri yang membuat penilaian.

”Saya tidak berani nasihat dia (Muhammad Sanusi), sebab dia Menteri Besar Kedah, kalau mahu nasihat biar rakyat dan pengundi Kedah nasihat dia, itu lebih baik.

”Mungkin dia tidak ada isu pun nak disebut sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.