PMO rakam terima kasih atas khidmat Wan Nurzila

PMO rakam terima kasih atas khidmat Wan Nurzila

PERDANA PUTRA, PUTRAJAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Wan Nurzila Wan Abd. Rahman sepanjang tempoh perkhidmatannya selaku Pengarah Media dan Komunikasi Strategik.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Kanan Kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah dalam satu notis makluman kepada media hari ini.

“Bahagian Media dan Komunikasi Strategik akan terus komited memastikan agenda Malaysia Madani dan penyampaian maklumat berkaitan segala usaha dan inisiatif Kerajaan Perpaduan terus diperkasa,” katanya.

Terdahulu dalam satu portal berita mendakwa Wan Nurzila dikatakan telah tamat perkhidmatan dengan notis 24 jam kelmarin.

Memetik sumber, Wan Nurzila ‘diberhentikan’ berikutan krisis antara beberapa fraksi komunikasi dalam kalangan jentera Perdana Menteri dan kegagalan kempen Malaysia Madani.

Portal tersebut turut mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berhadapan pelbagai kritikan rakyat berikutan kekeliruan dasar dan pendekatan yang tidak meyakin dalam melaksanakan polisi untuk negara.

Selain itu, krisis antara Pejabat Perdana Menteri dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dikatakan antara punca utama penamatan tugas Wan Nurzila kerana kedua-dua bahagian itu dilihat mempunyai hala tuju berbeza menyebabkan imej kerajaan kian lemah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya