Pesara tentera dalang sindiket curi kenderaan ke negara jiran

Pesara tentera dalang sindiket curi kenderaan untuk diseludup ke negara jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan kegiatan satu sindiket curi dan seludup kereta ke negara jiran dengan penahanan tiga lelaki pada 13 Mei lalu. 

Penahanan tiga lelaki termasuk dalang iaitu pesara pesara dikenali Sasi Navy dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah Sentul hasil maklumat dan risikan.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari, satu laporan telah dibuat oleh mangsa pada 23 April lalu kira-kira pukul 10.30 malam mengenai kehilangan kereta jenis Honda Civic.

Kata beliau, lelaki berkenaan telah membuat aduan memaklumkan keretanya yang diletakkan di tepi jalan berhadapan Arte Mont Kiara dekat sini telah hilang. 

“Berdasarkan maklumat ketiga-tiga suspek telah diberkas di lokasi berasingan di Nilai, Negeri Sembilan dan Ipoh, Perak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Ahmad Sukarno berkata, modus operandi digunakan sindiket ini adalah dengan menyasarkan kenderaan jenis Honda Civic dan Pajero.

Ujar beliau, setelah kenderaan-kenderaan itu dikenal pasti, salah seorang suspek akan menggunakan peralatan khas untuk membuka kunci kereta itu.

“Hanya dengan sepuluh minit sahaja, kenderaan itu berjaya dibuka dan dihidupkan sebelum mereka melarikan kenderaan itu untuk dijual ke negara jiran.

“Siasatan lanjut, pihak polis turut menemukan dua buah kenderaan dan peralatan untuk mencuri serta beberapa keping nombor pendaftaran palsu,” jelasnya.

Tambah beliau, kesemua tangkapan tersebut berusia lingkungan 38 hingga 40 tahun mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau telah direman bagi membantu siasatan.

“Kini, kesemua tangkapan tersebut telah diserah kepada IPD, Ipoh bagi membantu siasatan kes disana,” ujarnya.

Ahmad Sukarno memberitahu, susulan daripada operasi yang dijalankan pihanya berjaya menyelesaikan sebanyak tujuh kes kecurian yang dilaporkan.

“Tiga kes dilaporkan di Kuala Lumpur diikuti Perak (dua kes) dan Selangor (satu).

“Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang- undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Tambah beliau, tindakan tegas akan diambil terhadap individu-individu yang melanggar undang-undang. 

“Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan dengan kes kecurian motokar di minta untuk menyalurkannya dengan menghubungi menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN