Pentadbiran baharu tidak cakap kosong, sakau menyakau - PM

Pentadbiran baharu tidak cakap kosong, sakau menyakau – PM

ANWAR Ibrahim semasa Program Temu Anwar di UMS, Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sabah boleh ‘diselamatkan’ dan terus membangun dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tiada salah guna kuasa dan budaya memperkaya kroni sendiri.

Demikian pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemimpin-pemimpin Sabah.

Beliau berkata, melihat kemajuan dan kesungguhan pimpinan di Sabah di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mempunyai pendekatan berbeza, ia mampu menganjak pembangunan di kedua-dua negeri tersebut.

“Namun, jika kita tidak membazir, tidak salah guna kuasa dan tidak menggunakan kekayaan untuk memperkayakan kroni, saya percaya Sabah boleh diselamatkan dan martabat rakyat di negeri ini boleh diangkat,” katanya semasa Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Sabah (UMS),i di sini hari ini.

Menurut beliau, cara pentadbiran baharu bagi kerajaan hari ini adalah memberi fokus kepada perkhidmatan terhadap rakyat dan bukannya bercakap kosong, menipu mahupun sakau-menyakau.

Dalam pada itu, beliau berkata, masalah jalan berlubang di Sabah umpama  menaiki bot.

“Jalan-jalan berlubang macam naik bot, kadangkala saya tidak pasti, ini naik kereta atau naik bot,” katanya.

Justeru, perundingan akan dilakukan bersama Kerajaan Negeri Sabah bagi memperbaiki keadaan jalan raya di negeri ini. Kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan cuba untuk menyelesaikan dengan sebaik mungkin permasalahan yang ada.

Jelas beliau, Sabah memang ada rencana-rencana tertentu ingin dibuat tetapi ada antara projek itu terlalu besar skalanya.

“Maka, esok pagi, saya telah mengundang Ketua Menteri Sabah dan Menteri Besar Kelantan untuk berunding bagi menyelesaikan masalah air di kedua-dua negeri tersebut,” katanya.

Yang hadir sama ialah Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Yusof Apdal; Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya