Peningkatan kapasiti jana tenaga boleh baharu: Impak positif Johor-Singapura - Hasni

Peningkatan kapasiti jana tenaga boleh baharu: Impak positif Johor-Singapura – Hasni

johor
Hasni Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan diambil kerajaan berhubung hala tuju pembangunan dan dasar perdagangan tenaga boleh diperbaharui (TBB) negara secara langsung memberi impak positif terhadap penglibatan Johor dalam sektor ekonomi hijau dan pembangunan TBB bersama Singapura.

Pengerusi Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO), Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, keputusan yang diambil juga membatalkan halangan perdagangan TBB merentas sempadan yang sebelum ini dikuatkuasakan.

Katanya, ia mewujudkan satu sistem pasaran tenaga elektrik bagi tujuan perdagangan TBB merentas sempadan.

“Keputusan untuk menambah baik kerangka dasar dan kawal selia ekonomi hijau untuk mempermudah dan menggalakkan pelaburan sektor awam dan swasta amat diperlukan, lebih-lebih lagi yang menyentuh peningkatan kapasiti TBB, pelaksanaan pembangunan TBB berdasarkan konsep sistem kendiri dan dasar perdagangan TBB merentas sempadan melalui kaedah sistem tenaga elektrik.

“Bagi memenuhi permintaan yang tinggi Singapura terhadap TBB, keputusan yang telah diambil kerajaan merupakan perkembangan yang bermakna buat Johor untuk terus meneroka kerjasama perdagangan dalam sektor tersebut bersama Singapura.

“Pada masa akan datang, JETCO akan terus bekerja dengan pelbagai agensi dan institusi berkaitan bagi melipat ganda kolaborasi bukan sahaja dalam pembangunan TBB, tetapi juga dalam sektor ekonomi hijau secara menyeluruh yang berpotensi besar untuk dirintis di antara Johor dan Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam sidang media di Putrajaya semalam, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, TBB akan dipertingkat sehingga 70 peratus menjelang 2050 menerusi hala tuju pembangunan TBB.

Katanya, perkara itu dipersetujui Kabinet pada 3 Mei lalu, bagi mewujudkan peluang ekonomi baharu dan jaminan bekalan tenaga yang berkapasiti 25 peratus setakat Disember 2022.

Menurutnya, peningkatan kapasiti TBB memerlukan pelaburan baharu dianggar berjumlah RM637 bilion sehingga 2050.

Katanya, Kabinet juga bersetuju meluaskan pelaksanaan pembangunan TBB berdasarkan prinsip kehendak pembeli dan penjual bagi menggalakkan pembabitan syarikat korporat.

Jelasnya, sistem solar di bangunan kerajaan akan dipercepat dan dipertingkat menerusi peruntukan pembangunan bagi memberi manfaat terus dari segi penjimatan bil elektrik kepada kementerian dan agensi kerajaan.

Selain itu, katanya, keputusan Kabinet dijangka mempunyai kesan segera kepada pertumbuhan industri TBB kerana membabitkan beberapa perubahan dasar pentadbiran terdahulu.

Jelasnya, keputusan kerajaan membatalkan halangan perdagangan TBB merentas sempadan dijangka memanfaatkan syarikat Malaysia dalam industri TBB untuk membina kapasiti penjanaan pada skala lebih besar dengan mengambil peluang permintaan tinggi dari Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya