Penagih menyamar polis ditahan - Utusan Malaysia

Penagih menyamar polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cubaan penagih dadah menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan di sebuah pangsapuri di Ukay Perdana, di sini Khamis lalu.

Suspek berusia 27 tahun itu menyamar sebagai polis dengan menunjukkan plat besi berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika berurusan dengan pegawai keselamatan di pangsapuri terbabit.

Bagaimanapun mereka yang menyedari suspek menyamar kemudian menahan lelaki itu sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil semakan mendapati suspek memiliki lima rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan narkotik.

Polis kemudian membuat tangkapan ke atas suspek dan rampas barang kes itu untuk siasatan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya