Pemilik Tiktok keluar hantaran menghasut diberkas

Pemilik Tiktok keluar hantaran menghasut diberkas

NOORSIAH MOHD. SAADUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pemilik akaun media sosial Tiktok kerana disyaki memuat naik hantaran berunsur hasutan.

Penahanan suspek lelaki tempatan berusia 51 tahun itu dilakukan di Kuala Muda, Kedah pada Sabtu lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit bersama sekeping kad sim.

“Suspek disyaki telah memuat naik hantaran berunsur hasutan bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noorsiah berkata, lelaki itu telah ditahan reman selama tiga hari bermula Ahad hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar menghormati institusi kehakiman negara yang dirangka kewujudannya berpandukan perlembagaan persekutuan untuk menegakkan keadilan berlandaskan undang-undang.

“Mana-mana individu atau pihak yang didapati dengan sengaja mengeluarkan sebarang kenyataan bagi maksud menghina atau memperlekeh sistem perundangan malaysia akan diambil tindakan tegas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya