Pembantu kedai mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur - Utusan Malaysia

Pembantu kedai mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur

MUHAMMAD Ikram Safwan Azmi (tengah) yang mengaku tidak bersalah merogol seorang remaja bawah umur dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu kedai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas empat tuduhan merogol seorang remaja bawah umur antara Mac sehingga April lalu.

Muhammad Ikram Safwan Azmi, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Nooriah Osman, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Ikram Safwan didakwa merogol kenalan wanitanya itu yang berumur 13 tahun lima bulan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di empat lokasi berasingan di daerah ini dan Kuala Nerus antara 28 Mac sehingga 22 April lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (KK).

Sejurus merekodkan pengakuan tidak bersalah daripada tertuduh, mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 19 Jun ini.

Mahkamah kemudian turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya