Pelepasan nyamuk Wolbachia terbukti atasi denggi

Pelepasan nyamuk Wolbachia terbukti atasi denggi

LUKANISMAN Awang Sauni (tengah) menunjukkan nyamuk berbakteria Wolbachia pada program pelepasan di Taman Bemban Jaya, Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan pelepasan nyamuk Aedes berbakteria Wolbachia ke seluruh negara ekoran kejayaan program perintis di 27 lokaliti dalam usaha memperkukuhkan aktiviti kawalan denggi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, program perintis itu mendapati, kaedah pelepasan nyamuk berkenaan terbukti dapat mengatasi peningkatan wabak tersebut.

Menurutnya, beberapa lokaliti terutama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Selangor menunjukkan tiada kes demam denggi dilaporkan selepas pelepasan dilakukan.

“Kejayaan program perintis membuktikan kaedah pelepasan nyamuk Aedes berbakteria Wolbachia telah dapat mengurangkan peningkatan kes denggi di lokaliti terbabit.

“Nyamuk ini adalah satu inovasi dalam menangani peningkatan kes denggi dan ini terbukti apabila tiada kes denggi direkodkan di 27 lokaliti berulang semula.

“Ini kerana bakteria Wolbachia yang disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes akan merencatkan pertumbuhan virus denggi dalam nyamuk dan seterusnya menghalang penyebaran virus denggi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Pelepasan Nyamuk Berbakteria Wolbachia Fasa Dua di Taman Bemban Jaya di sini, hari ini.

Tambah Lukanisman, orang ramai tidak perlu risau mengenai kaedah itu yang telah disahkan selamat terhadap manusia dan alam sekitar oleh KKM dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurutnya, di Melaka sebanyak 300,000 ekor nyamuk telah dilepaskan sejak Mac 2022 di Taman Bemban Jaya yang dipilih sebagai lokasi pertama pelepasan.

“Sehingga kini iaitu bagi minggu epid ke-21 tiada kes demam denggi dilaporkan dari lokaliti ini. Ini menunjukkan hasil yang sangat positif dan kepadatan nyamuk Aedes berbakteria Wolbachia juga telah mencapai 80 peratus frekuensi seperti disasarkan KKM,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya