Pas Pulau Pinang mulakan gerakan hadapi PRN dengan tagline #PenangTryyyKalih - Utusan Malaysia

Pas Pulau Pinang mulakan gerakan hadapi PRN dengan tagline #PenangTryyyKalih

MUHAMMAD FAUZI YUSSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pas Pulau Pinang memulakan gerakan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan menggunakan tagline #PenangTryyyKalih untuk berdepan dengan gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yussof berkata, tagline #PenangTryyyKalih itu yang kini tular di media sosial merupakan satu usaha Pas Pulau Pinang dan Perikatan Nasional (PN) untuk menawan negeri itu yang sebelum ini dikuasai gabungan PH terutama DAP.

”Tagline #PenangTryyyKalih ini dicetuskan minggu lalu oleh Pemuda Pas Pulau Pinang dan ia semakin tular di media sosial sejak beberapa hari lalu dan kami sangat bersyukur dengan perkembangan positif ini.

”Pas bersama gabungan PN juga telah bersedia sepenuhnya untuk memastikan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi calon PN pada PRN nanti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pada pilihan raya umum 2018, PH memenangi 37 kerusi termasuk kerusi-kerusi DUN daripada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ketika itu masih menjadi sebahagian daripada PH.

BN menang dua kerusi DUN iaitu Sungai Dua dan Permatang Berangan, manakala Pas mempunyai satu kerusi, Penaga.

Mengulas lanjut, Muhammad Fauzi berkata, pihaknya optimis akan berlaku gelombang perubahan sokongan kepada PN di negeri ini serta di negeri-negeri lain berdasarkan situasi politik semasa.

”Bagi PN menawan Pulau Pinang ia adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk dilaksanakan dengan sokongan pengundi.

”Sokongan pengundi telah berubah selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang mana kita dapat melihat mereka banyak beralih kepada calon PN,” katanya.

Tambahnya, Pas juga telah mempunyai calon-calon yang sesuai untuk bertanding mewakili parti itu di Pulau Pinang pada PRN nanti.

”Kita telah kenal pasti calon-calon yang sesuai di setiap kerusi DUN yang akan kita tandingi.

”Pengumuman mengenainya juga akan dibuat kelak bersama parti-parti komponen PN tidak lama lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya