Norlia Ghani, Azrel Ismail dituntut mohon maaf Awesome TV

Norlia Ghani, Azrel Ismail dituntut mohon maaf kepada Awesome TV

PETALING JAYA: Pihak pengurusan Awesome TV menuntut permohonan maaf daripada pelakon, Norlia Ghani dan Azrel Ismail kerana memburukkan nama stesen secara tidak adil.

Awesome TV menjelaskan pihaknya tiada kena mengena dengan isu pembayaran tertunggak seperti yang didakwa pelakon itu sebelum ini.

“Pembayaran kepada pelakon-pelakon tersebut adalah tanggungjawab syarikat produksi yang dilantik oleh pihak kami untuk menerbitkan drama terbabit.

“Tindakan Norlia dan Azrel menggunakan media massa dan media sosial mempersoal mengenai bayaran secara tidak langsung mengheret pihak kami dalam kemelut ini, sekali gus mencalarkan imej dan reputasi Awesome TV,” katanya dalam kenyataan.

Awesome TV turut menyarankan golongan artis menyemak kontrak sebelum membuat sebarang tuduhan.

Dalam masa sama, netizen juga ditegur agar tidak membuat spekulasi dengan hanya mendengar sebelah pihak sahaja.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan rasa terkilan Norlia selepas mendakwa dirinya tidak menerima bayaran daripada sebuah ste­sen televisyen.

Pelakon veteran yang terlibat dalam sebuah program sitkom sebanyak enam episod mendakwa, dia sepatutnya menerima bayaran selepas dua minggu penggambaran dilakukan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10000 milliseconds with 0 bytes received