Naratif kaum dominasi media sosial sepanjang PRU15

Naratif kaum dominasi media sosial sepanjang PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naratif kaum mendahului senarai siaran media sosial tempatan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan kebanyakannya disiarkan oleh ahli politik dan parti politik.

Menurut analisis diterbitkan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dengan kerjasama Universiti Nottingham Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah untuk mengumpul data melalui projek pemantauan media sosial.

Laporan mereka mendapati 66,933 hantaran di Facebook, Twitter, YouTube dan TikTok antara tempoh 20 Oktober dan 26 November 2022 adalah menyentuh tentang isu perkauman.

Ia adalah yang tertinggi berbanding dengan naratif lain seperti agama (24,484), sistem beraja (14,320), jantina dan LGBT (7,596) serta mengenai pelarian dan pendatang (3,819).

Menurut laporan itu, jumlah tertinggi hantaran mengenai isu kaum adalah daripada parti dan ahli politik, dengan tiga watak utama tertinggi adalah Perdana Menteri ketika itu, Datuk Ismail Sabri Yaakob, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pas.

Menyentuh isu kaum, kajian itu mendapati beberapa hantaran mengangkat sentimen anti-Cina dan ketuanan Melayu serta ancaman peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Kajian itu mendapati antara hantaran membabitkan kaum dimuat naik oleh Presiden Pas,, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang memainkan sentimen komunis dan atheis terhadap DAP sekali gus menarik ribuan komen berbaur perkauman daripada netizen.

Bagi Pengarah Eksekutif CIJ, Wathshlah Naidu berkata, pihaknya mencadangkan kerajaan mewujudkan suruhanjaya bebas mengkaji punca penyebaran naratif bahaya dan ucapan kebencian di media sosial serta menanganinya dengan berkesan.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu menggunakan garis panduan yang jelas bagi menghalang dan memastikan parti politik serta calon tidak menggunakan ucapan kebencian ketika kempen, selain mengenakan penalti bersesuaian.

Beliau menambah Seksyen 4A(1) dan Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya perlu dipinda supaya secara khusus menekankan mengenai ucapan kebencian semasa pilihan raya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya