Mula-mula ramai cakap saya 'kayu' - Alicia Amin - Utusan Malaysia

Mula-mula ramai cakap saya ‘kayu’ – Alicia Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Model dan pelakon, Alicia Amin, 27, bersyukur kerana kehadirannya dalam dunia lakonan yang bermula sejak tujuh tahun lalu semakin diterima peminat filem dan drama tempatan.

Kata pemilik nama sebenar Raja Alicia Raja Amin itu, dia percaya kerja keras dalam memperbaiki mutu lakonan menjadi sebab kepada perkara tersebut.

“Mula-mula ramai cakap saya ‘kayu’. Keadaan itu sama dengan pembabitan awal saya dalam bidang peragaan.

“Tak semua dikurniakan bakat dan kebolehan melakukan satu-satu perkara dengan baik pada hari pertama. Ramai antara kita yang ‘tak pandai’ ketika kita baru memulakan sesuatu.

“Jadi saya percaya, usaha dan kegigihan boleh menjadikan kita bertambah baik dalam satu-satu perkara yang kita lakukan,” katanya selepas pelancaran Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini.

Alicia memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Meh Sandar Lagi yang ditayangkan pada 2017.

Dia turut membintangi beberapa filem termasuk The Disappearance of Irdina Adhwa dan Rasuk.

Sementara itu, Alicia turut menyimpan hasrat untuk menuntut ilmu bersama pelakon hebat, Fatimah Abu Bakar.

“Saya pernah bertanyakan kepadanya tentang yuran kelas lakonan yang dianjurkannya. Disebabkan mahal, saya terpaksa tanggu dahulu hasrat tersebut,” ujarnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya