'Mujur Anak Tak Tidur Sekali’ - Utusan Malaysia

‘Mujur Anak Tak Tidur Sekali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ayda Jebat lega anaknya tidak dijangkiti Covid-19 memandangkan mereka tidak tidur bersama sehari sebelum dirinya disahkan positif.

Pemilik nama lengkap Nur Suhada Jebat, 31, itu sendiri kebingungan memikirkan punca jangkitan Covid-19 itu diperoleh.

“Tak pasti dapat (jangkitan Covid-19) dari mana.

“Mujur saya memang jenis jika sakit tekak, selesema atau bersin terus akan lakukan ujian calitan (swab test),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

Penyanyi lagu Pencuri Itu juga lega apabila sehari sebelum disahkan dijangkiti Covid-19, anaknya tidur bersama ibu mentua.

“Nasib baik dia tak tidur sekali dengan saya semalam. Dia tidur dengan mama Nabil (suami).

“Alhamdulillah dia tiada bersama-sama kami. Hanya saya dan Nabil sahaja yang menjalani kuarantin. Setakat ini Nabil masih negatif,” tambahnya yang hanya mengalami simptom ringan seperti sakit tekak sahaja.

Menerusi perkongsi di Instagram, Ayda sempat meminta agar mana-mana individu yang merupakan kontak rapat dengannya melakukan ujian saringan bagi mengelakkan dijangkiti virus itu.

“Siapa yang jumpa saya terutamanya semalam, sila buat ujian saringan hari ini atau dua, tiga hari lagi. Maaf ya,” tulisnya di kapsyen berkenaan.

Untuk info, Ayda berkahwin dengan pengacara Nabil Mahir pada Januari 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak Ana Nayla yang kini berusia lapan bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN