Muhamad Arafat cabar Razman buktikan dakwaan - Utusan Malaysia

Muhamad Arafat cabar Razman buktikan dakwaan

MUHAMAD ARAFAT VARISAI MAHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad mencabar Ketua Pembangkang, Razman Zakaria membuktikan dakwaan ada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang berjumpa dengannya ketika khabar angin wujud gerakan untuk menumbangkan kerajaan negeri.

Muhamad Arafat yang juga ADUN Hulu Kinta sehubungan itu mencabar Razman supaya menggunakan peluang semasa pemilihan Senator Dewan Negara pada Sidang Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak pada Khamis ini untuk membuktikan dakwaannya itu.

“Saya cabar beliau menggunakan peluang semasa pengundian memilih Senator pada Khamis untuk membuktikan angka dalam proses meluluskan usul memilih Senator Dewan Negara bagi mewakili negeri Perak pada sidang DUN Perak yang akan bermula dari Isnin ini jika benar dakwaan beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Arafat berkata, adalah jelas niat Razman itu untuk menggambarkan kononnya kerajaan Perpaduan Perak tidak stabil supaya pelabur-pelabur kurang yakin dan akan memberi kesan kepada pembangunan, peluang pekerjaan serta ekonomi di negeri ini yang akhirnya akan menyusahkan rakyat.

Menurutnya, sedangkan Kerajaan Perpaduan Perak pimpinan Datuk Seri Saarani Mohamad kukuh dan jauh lebih stabil serta terus memfokus pemulihan ekonomi negeri.

“Namun rakyat sedia maklum kenyataan-kenyataan Razman tidak benar,” katanya.

AKhbar ini hari ini melaporkan mengenai dakwaan Razman ada beberapa ADUN kerajaan berjumpa dengan beliau ketika khabar angin ada gerakan untuk menumbangkan kerajaan negeri.

Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak bagaimana pun enggan mendedahkan jumlah dan nama ADUN kerajaan itu.

Beliau mengalu-alukan jika benar ADUN kerajaan berkenaan mahu menyokong atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) di Perak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN