MB Kelantan belum terima surat dari PM berkenaan isu air

MB Kelantan belum terima surat PM berkenaan isu air

AHMAD Yakob (tiga dari kiri) memotong kek sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 di IPK Kelantan, Kota Bharu, hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob setakat ini belum menerima sebarang surat daripada Perdana Menteri bagi menyelesaikan isu air.

Menurut Ahmad, beliau belum lagi menerima sebarang jemputan secara rasmi daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tunggu dan bersabar terlebih dahulu,” katanya ringkas ketika ditemui selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Kelantan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Anwar akan mengundang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Ahmad dalam tempoh dua minggu ini untuk mencari jalan menyelesaikan masalah air di kedua-dua negeri itu.

Anwar berkata, beliau amat komited dalam mencari jalan kepada isu berkenaan setelah mendapat input permasalahan daripada pemimpin negeri berkenaan berhubung masalah yang membelenggu kedua-dua negeri sejak sekian lama itu.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan negeri akan lebih mudah memberi kerjasama penuh dengan Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan hasrat berkenaan bagi memastikan rakyat tidak lagi terbeban dengan isu berkenaan.

Kelantan antara negeri yang berdepan dengan masalah bekalan air tidak berkualiti, keruh dan berkarat.

Keluhan daripada rakyat sehingga kini tidak pernah reda dan berharap kerajaan segera menyelesaikan isu air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya