Mayat lelaki Indonesia dibuang dalam tangki najis - Utusan Malaysia

Mayat lelaki Indonesia dibuang dalam tangki najis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemukan dalam tangki najis di belakang sebuah rumah di Taman Wai Thong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, maklumat penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu diterima pada pukul 12.20 tengah malam.

Katanya, ketika dijumpai, mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan itu dalam keadaan tidak berbaju, hanya memakai kain sarung dan seluar dalam.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat dan punca kematian mangsa akibat trauma tumpul di kepala.

“Berdasarkan siasatan, kita percaya mangsa mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya dijumpai,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha sedang dijalankan bagi mengesan pasangan suami isteri yang dipercayai tinggal bersama mangsa bagi membantu siasatan.

Katanya, pasangan berkenaan yang belum dikenal pasti identiti dipercayai terlibat dalam kejadian itu dan telah pun melarikan diri.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan siasatan kes dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Mohd. Subkey Alias di talian 013-9285436,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya