Malakoff buktikan komitmen terhadap kelestarian alam

Malakoff buktikan komitmen terhadap kelestarian alam

NIK Nazmi Nik Ahmad (tengah) melakukan gimik pelancaran inisiatif penjenamaan semula Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) di Kuala Lumpur. Hadir sama Ahmad Tajuddin Ali (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad, Anwar Syahrin Abdul Ajib (dua dari kiri). - UTUSAN/FARIZ RUSADIO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menyeragamkan teras prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus ESG dalam penjenamaan semula syarikat itu bagi membina transformasi strategik yang berterusan dalam membentuk masa depan lebih mesra terhadap kelestarian alam.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali berkata, penjenamaan semula Malakoff merangkumi identiti visual segar dan matlamat perniagaan yang diperbaharui, membina transformasi strategik syarikat berterusan untuk membentuk masa depan yang lebih mesra alam.

“Keazaman syarikat untuk kekal relevan dengan keperluan pengguna dan perniagaan yang semakin berkembang, Malakoff melakukan perubahan strategi itu ke arah kelestarian alam yang diperkasakan.

“Malakoff komited meminimumkan jejak alam sekitarnya, membangunkan penyelesaian sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan mempromosikan penjagaan alam sekitar yang bertanggungjawab.

“Malakoff berazam menerajui peralihan menjadi sebuah syarikat yang lebih mesra alam dan mampan bagi menyokong matlamat Malaysia bagi mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050,” katanya pada Majlis Penjenamaan Semula Malakoff Corporation di Grand Ballroom, Aloft Kuala Lumpur yang disempurnakan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. 

Menurut beliau, hala tuju baharu Malakoff itu turut mempelbagaikan portfolio perniagaannya dengan memberi tumpuan pada sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan penyelesaian alam sekitar yang komprehensif dengan mewujudkan tiga entiti baharu.

“Di bawah naungan jenama baharu iaitu Malakoff Green Solutions untuk sumber tenaga boleh diperbaharui melalui solar, hidro kecil, dan infrastruktur mobiliti karbon bebas.

Manakala Malakoff Environmental Solutions adalah untuk penyelesaian kitar semula, pengurusan sisa marin, sisa berbahaya, pengurusan sisa, penyahgaraman air, dan projek sisa kepada tenaga serta Malakoff Energy untuk penyelesaian kuasa, gas dan penyejukan,” katanya.

Katanya, berpandukan kepada Matlamat Pembangunan Lestari oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malakoff telah menetapkan sasaran dalaman yang tinggi untuk menunjukkan komitmennya terhadap kelestarian alam. 

“Ini termasuk usaha penyahkarbonan yang bertujuan mengurangkan keamatan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 30 peratus menjelang 2031; meningkatkan hasil keuntungan daripada sumber tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian alam sekitar sebanyak 50 peratus dalam dekad akan datang.

“Perubahan besar dalam hala tuju perniagaan ke arah kelestarian alam dan ekonomi kitaran dimuatkan dalam identiti korporat baharu Malakoff oleh tiga teras utama yang melambangkan fokusnya terhadap manusia, planet dan kemakmuran,” katanya 

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, walaupun kerajaan sedang membangunkan dasar yang akan mempercepat peralihan kepada neutraliti karbon, ia juga bergantung kepada kerjasama dan daya cipta semua pihak yang berkepentingan. 

“Dengan konteks ini, hala tuju perniagaan Malakoff yang diperbaharui ini adalah satu contoh cemerlang bagaimana pemain utama seperti Malakoff boleh memimpin usaha ke arah masa depan yang lebih lestari dengan tenaga dan penyelesaian alam sekitar yang baharu dan mampan.

“Malakoff Corporation Berhad telah memulakan fasa baharu transformasi, ia sangat penting bagi syarikat korporat dalam menyelesaikan cabaran alam sekitar yang mendesak yang dihadapi oleh negara kita,” katanya.

Selain itu katanya, tiga entiti di bawahnya iaitu Malakoff Green Solutions, Malakoff Environmental Solutions dan Malakoff Energy, syarikat itu telah melampaui pengeluaran tenaga untuk menjadi penyokong alam sekitar yang holistik. 

“Ini adalah pandangan 360 yang kita perlukan daripada sektor korporat untuk membawa ekonomi pekeliling mesra alam membuahkan hasil. 

“Saya mencabar syarikat Malaysia lain untuk mempertimbang anjakan paradigma yang sama, sudah tiba masanya untuk bercakap tentang kelestarian dan Malakoff telah menyahut seruan itu,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kitar semula dan pengurusan sisa yang lestari memainkan peranan penting serta  contoh usaha kerajaan dalam ruang itu boleh didapati dalam Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021 – 2030, untuk menghapuskan sepenuhnya plastik sekali guna menjelang 2030 dan mencapai kadar kitar semula plastik 100 peratus menjelang 2050.

“Alam Flora dan Alam Flora Environmental Solutions, di bawah bimbingan Malakoff telah melaksanakan beberapa penyelesaian yang bijak dalam ruang pengurusan sisa. 

“Ini termasuk program kitar semula tepi jalan untuk plastik pasca pengguna dan inisiatif menggunakan semula plastik kepada produk untuk digunakan dalam pembungkusan makanan, penjagaan kesihatan serta aplikasi industri.

“Semasa kerajaan mencuba alternatif kepada plastik tidak terbiodegradasi, kami menghargai pihak berkepentingan lain yang menyertai kami dalam menghasilkan penyelesaian pragmatik untuk menangani sisa plastik itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya