PETALING JAYA: Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & KL (Family Frontiers) menjalankan tinjauan persepsi awam di seluruh negara pada 16-19 November 2022 melalui panel tinjauan Vase.ai yang melibatkan 808 responden Malaysia.
Tinjauan itu telah meneroka persepsi warga Malaysia mengenai hak kewarganegaraan yang sama rata bagi wanita dan kanak-kanak warga Malaysia sambil mengukur tahap persetujuan mereka terhadap pindaan perlembagaan.
Penemuan itu mendedahkan bahawa majoriti rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan jantina, percaya bahawa adalah penting untuk meminda undang-undang kewarganegaraan sedia ada untuk memberi wanita-wanita warga Malaysia hak yang sama rata untuk menurunkan kewarganegaraan automatik kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara.
Kaji selidik ini melibatkan pelbagai kumpulan rakyat Malaysia dari semua bahagian negara. Merentas semua demografi, rakyat telah menyuarakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi untuk hak kewarganegaraan yang sama rata atas dasar jantina dan mengiktiraf keperluan mendesak untuk menangani ketidaksamarataan ini.
Kerajaan perpaduan telah berulang kali menyatakan komitmen mereka untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menegakkan hak kewarganegaraan yang sama rata atas dasar jantina untuk wanita-wanita warga Malaysia. Walaubagaimanapun, percubaan untuk membentangkan pindaan itu telah ditunda dan ia dijangka dibentangkan pada bulan September.
Adalah penting bahawa Kerajaan membentangkan pindaan seperti yang dijanjikan dan tiada lagi penangguhan dalam memberikan hak kewarganegaraan yang sama rata kepada wanita-wanita warga Malaysia.
“Kami memuji rakyat Malaysia atas sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk kesamarataan gender dan menggesa kerajaan untuk mendengar suara rakyat dan mengotakan komitmen mereka dengan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memberikan wanita-wanita warga Malaysia hak kewarganegaraan yang sama rata tanpa berlengah-lengah lagi.
“Masa untuk perubahan telah tiba. Family Frontiers menyeru semua Ahli Parlimen, tanpa mengira fahaman politik, untuk bersama-sama dengan wanita-wanita warga Malaysia dan memberi undi sokongan kepada pindaan ini apabila dibentangkan di Parlimen,” demikian menurut hasil kajian yang diedarkan kepada media.
Keperluan adalah sangat mendesak untuk meminda undang-undang kewarganegaraan sedia ada. Menafikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada wanita-wanita warga Malaysia menyebabkan mereka mempunyai akses yang tidak sama rata kepada hak asasi, seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sosial, dengan sebahagian dari mereka berisiko tinggi untuk menjadi stateless. Undang-undang ini juga menyebabkan wanita terperangkap dalam situasi keganasan dan ketidakpastian.
Metodologi kajian
Soalan tinjauan telah dibangunkan oleh Family Frontiers. Kaji selidik itu dijalankan dari 16 November 2022 hingga 19 November 2022. Soalan tinjauan telah disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Tinjauan itu telah dijawab oleh 808 orang rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Peserta telah dipilih menerusi sampel kuota mengikut perangkaan bancian berdasarkan bangsa, jantina, umur dan kawasan tempat tinggal. Tinjauan itu dijalankan melalui platform Vase.ai dalam bentuk soal selidik dalam talian. Soal selidik telah diedarkan melalui e-mel daripada pangkalan data Vase.ai, setiap soal selidik disertakan dengan pautan unik untuk mengelakkan tindak balas pendua.
Demografi
Daripada 808 responden:
-
Pecahan berdasarkan bangsa
-
Melayu: 52.6%
-
Cina: 32%
-
Bumiputera bukan Melayu: 9%
-
India/ Lain-lain: 6%
-
-
Pecahan berdasarkan jantina
-
Lelaki: 45%
-
Perempuan: 55%
-
-
Pecahan mengikut kawasan
Keputusan diperolehi daripada sampel rakyat Malaysia yang pelbagai dengan responden dari semua wilayah.
-
Pusat: 25%
-
Malaysia Timur: 27%
-
Utara: 18%
-
Selatan: 15%
-
Pantai Timur: 14%
-
Pecahan mengikut umur
-
18-24: 27%
-
25-29: 15%
-
30-34: 14%
-
35-39: 14%
-
40-44: 12%
-
45-100: 18%
-
Dapatan Utama
-
82% bersetuju bahawa undang-undang kewarganegaraan sedia ada di Malaysia perlu dipinda.
Peratusan mereka yang bersetuju/sangat bersetuju (bersetuju) berdasarkan kaum dan jantina:
|
-
77% bersetuju bahawa wanita-wanita warga Malaysia harus diberikan hak yang sama rata untuk menurunkan kewarganegaraan secara automatik kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar Malaysia, atas dasar sama rata dengan lelaki, 13% tidak membuat keputusan, 10% tidak bersetuju.
Peratusan mereka yang bersetuju/sangat bersetuju (bersetuju) berdasarkan kaum dan jantina:
|
-
77% bersetuju bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar Malaysia kepada wanita-wanita warga Malaysia adalah warganegara Malaysia melalui pertalian darah dan sepatutnya boleh memegang kewarganegaraan Malaysia secara automatik, 14% tidak membuat keputusan, 9% tidak bersetuju.
Peratusan mereka yang bersetuju/sangat bersetuju (bersetuju) berdasarkan kaum dan jantina:
|
-
81% pengundi berkata adalah penting bagi ahli Parlimen mereka menyokong pindaan ini. Daripada jumlah itu, perpecahan adalah secara relatifnya merentas kaum (kira-kira 49% adalah Melayu, 51% bukan Melayu) dan jantina (43% adalah lelaki, 57% adalah perempuan). – UTUSAN