KUALA LUMPUR: Seorang kerani wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan pembantu rumahnya warga Indonesia menggunakan seterika dan air panas di sebuah rumah Mac lalu. Bagaimanapun Loke Chee Hui, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan cedera terhadap pembantu rumahnya berusia 39 tahun dengan menggunakan seterika dan air panas di sebuah rumah di Jalan Hujan Emas 3, Taman OUG di sini, antara 3 Mac 2022 hingga 23 April lalu. Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya