Mahfuz sifatkan Sanusi seperti 'Mr. Bean' - Utusan Malaysia

Mahfuz sifatkan Sanusi seperti ‘Mr. Bean’

MAHFUZ OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindak-tanduk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika ini seperti pelawak terkenal antarabangsa, ‘Mr. Bean’.

Menurut Mahfuz, ia berikutan dakwaan Muhammad Sanusi kononnya beliau cuba menumpang populariti Menteri Besar Kedah berkenaan melalui kes saman fitnah antara mereka.

“Saya terkejut dengan kenyataan ini, saya nafikan cuba menumpang populariti Muhammad Sanusi.

”Tetapi saya akui dia (Muhammad Sanusi) sangat popular seperti Mr. Bean yang sangat popular dengan lawak jenakanya, dia boleh menyanyi, dia sangat popular, boleh gelak besar seperti Mr. Bean,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Rahmah Aidifitri anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) di Teluk Kumbar, di sini hari ini.

Mahfuz yang juga bekas Ahli Parlimen Pokok Sena mengulas kenyataan Muhammad Sanusi yang mendakwanya cuba menumpang populariti melalui kes saman fitnah ke atas beliau.

Muhammad Sanusi berkata, ia memandangkan wang bayaran untuk kes saman fitnah itu telah diserahkan kepada peguamnya untuk dibayar kepada Mahfuz pada minggu lepas.

Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman berdasarkan hantaran dibuat Muhammad Sanusi melalui akaun Facebooknya pada 30 Julai tahun sama mengaitkan beliau dalam isu pemindahan premis judi ke kawasan itu.

Pada 3 April, Muhammad Sanusi gagal dalam rayuan saman fitnah kes tersebut selain Mahfuz memohon untuk menaikkan saman daripada RM50,000 kepada RM120,000.

Menurut Mahfuz, sehingga kini, beliau atau penguamnya masih belum menerima apa-apa bayaran kes saman fitnah itu daripada Muhammad Sanusi.

”Bayaran kalau dia (Muhammad Sanusi) nak beri melalui peguam atau dia sendiri nak bayar terus kepada saya pun boleh.

”Tetapi sehingga kini wang berkenaan masih belum saya terima dan peguam saya juga belum terima,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.