Lebihan peruntukan pembangunan disalur dalam Akuan Amanah

Lebihan peruntukan pembangunan perlu disalur dalam Akuan Amanah

HAJIJI Noor semasa persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyarankan kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk menyalurkan lebihan peruntukan pembangunan ke dalam Akaun Amanah bagi membolehkan peruntukan yang tidak habis digunakan boleh disimpan bagi kegunaan tahun berikutnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pendekatan itu diambil bagi memastikan peruntukan tersebut tidak luput sekiranya tidak dapat dibelanjakan pada tahun semasa.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan memantau agar peruntukan dalam Akaun Amanah tersebut digunakan secara efisien mengikut maksud pemberian peruntukan tersebut.

“Masalah kelewatan yang menyebabkan sesuatu projek tidak dapat dilaksanakan pada tahun berkenaan sudah beraku sebelum-sebelum ini. Jadi, kita berharap kerajaan Persekutuan setuju dengan cadangan kita.

“Negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM5.709 bilion di bawah peruntukan pembangunan dan daripada jumlah itu, RM 4.457 bilion telah dibelanjakan manakala, sebanyak RM1.252 bilion tidak dibelanjakan kerana pelbagai faktor,” katanya semasa sesi pertanyaan lisan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Antara faktor kelewatan pelaksanaan projek adalah kontraktor tidak mempunyai kapasiti kewangan dan tenaga kerja mencukupi, kelewatan dokumentasi bagi penyambungan utiliti, masalah pengambilan balik tanah serta isu-isu berkaitan dengan pengurusan dan agensi pelaksana.

Bagi memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan Persekutuan dilaksanakan seperti yang dirancang, usaha-usaha pemantauan dijalankan secara berterusan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (SDO).

“Antaranya melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) yang berperanan dalam memantau dan membincangkan isu-isu pelaksanaan projek pembangunan Persekutuan di negeri Sabah.

“Selain itu, Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) juga ditubuhkan bagi memastikan keputusan mesyuarat MTPNg dilaksanakan sepenuhnya di peringkat negeri,” katanya.

Di samping itu, penambahan pegawai-pegawai teknikal baharu Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membantu kerajaan negeri dalam merancang dan melaksanakan projek pembangunan negeri dengan lebih efisien.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya