Lebih banyak industri perlu bantu bangunkan bidang teknologi angkasa - Utusan Malaysia

Lebih banyak industri perlu bantu bangunkan bidang teknologi angkasa

CHANG Lih Kang (tengah) ketika mengadakan lawatan rasmi ke Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini. - Pix: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mahu lebih banyak pemain industri yang berkaitan menyokong atau membantu dalam membangunkan bidang teknologi angkasa di negara ini.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, sokongan sama ada menerusi pemberian dana atau bantuan teknikal itu penting bagi memastikan bidang tersebut terus mendapat tempat terutama dalam kalangan generasi muda ketika ini.

Sebagi contoh, katanya, Projek Hebat II, Wau Rocketry Universiti Sains Malaysia (USM) bukan sahaja akan menjadi galakan kepada belia di negara ini untuk melibatkan diri dalam inovasi, malah turut mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan lebih meluas.

“Selepas meneliti pembentangan mereka (pasukan Wau Rocketry USM berhubung Projek Hebat II), saya berasa amat gembira dan bangga dengan pencapaian mereka dan berharap lebih banyak pihak (industri) masuk dan memberi sokongan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Kampus Kejuruteraan USM di sini hari ini, dan menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 untuk pasukan berkenaan pada majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan dan Alumni USM, Prof. Dr. Azlinda Azman serta pengarah projek Wau Rocketry USM, A. Vamintha.

Wau Rocketry USM yang kini dianggotai seramai 30 ahli terdiri daripada penuntut jurusan Kejuruteraan universiti itu akan mewakili Malaysia ke pertandingan pelancaran roket berprestij iaitu Spaceport America Cup di New Mexico, Amerika Syarikat (AS), bulan depan.

Penyertaan sulung mereka dalam pertandingan yang sama tahun lepas iaitu menerusi Projek Hebat berjaya meletakkan pasukan itu di ranking ketujuh daripada 46 pasukan dalam kategori 10,000 kaki selain tempat ke-12 daripada 99 pasukan dari seluruh dunia.

Dalam pada itu, Vamintah berkata, pihaknya memerlukan dana sehingga RM371,000 bagi menampung kos perbelanjaan untuk menyertai pertandingan itu yang akan dihadiri oleh 16 penuntut universiti serta dua penasihat.

“Kami memang agak bergelut dari segi kewangan, namun telah berjaya mengumpul sekurang-kurangnya RM80,000 setakat ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya