Langkau rawatan fisioterapi, Zamani kembali sakit belakang - Utusan Malaysia

Langkau rawatan fisioterapi, Zamani kembali sakit belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi bersuara emas, Zamani mendedahkan sakit di bahagian belakangnya kembali walaupun selepas enam bulan menjalani pembedahan tulang belakang atau scoliosis.

Kongsi Zamani, kesakitan itu sebenarnya berpunca daripada kesilapan sendiri kerana kerap hadir rawatan susulan fisioterapi selepas pembedahan tersebut lantaran kesibukkan jadual.

Akibat kelalaiannya itu, tahap kesihatan penyanyi Syair Si Pari Pari itu mengalami penurunan terutama sakit belakangnya yang mula menyerang kembali.

“Kebelakangan ini, sakit belakang saya kembali terutama jika tidak melakukan fisioterapi. Mula-mula saya tak sedar, tetapi lama-kelamaan saya tahu ini berpunca daripada kecuaian sendiri.

“Rawatan fisioterapi perlu dijalani sehingga saya betul-betul pulih. Tapi saya hanya lakukan rawatan tersebut untuk sebulan setengah dan kemudian berhenti,” katanya.

Sementara itu, Zamani berkata, dia bakal menerima rawatan susulan dua minggu lagi dan mengharapkan keadaan kesihatannya semakin baik.

Jelasnya, dia tidak berpotensi untuk menghidap struktur bongkok yang pernah dialaminya dulu namun semuanya bergantung kepada rawatan dan penjagaan kesihatannya.

“Saya sepatutnya perlu menerima rawatan fisioterapi seminggu dua kali. Tetapi saya pernah skip rawatan sehingga dua minggu. Bila doktor cakap semakin baik, saya mula yakin. Tetapi bila skip, sakit datang balik.

“Selepas pembedahan masih banyak pantang larang yang harus saya ikuti antaranya tidak boleh terlalu lasak dan mengangkat barang berat.

“Sehingga kini, saya masih belum boleh duduk bersila di atas lantai, solat pun saya harus menggunakan kerusi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya