KPM salur peruntukan baiki kerosakan 36 sekolah akibat ribut

KPM salur peruntukan baiki kerosakan 36 sekolah akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyalurkan peruntukan penyelenggaraan untuk tujuan membaiki kerosakan di bawah kecemasan melibatkan 36 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor yang mengalami kerosakan teruk akibat ribut.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, perutukan penyelenggaraan itu akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dengan kadar segera.

Menurut beliau, JPWPKL, JPNS dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan melaksanakan pembaikan serta pembersihan segera bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan tanpa sebarang gangguan.

“Pihak PWPKL, JPNS dan PPD akan membuat penilaian lanjut terhadap kerosakan yang berlaku di sekolah berkenaan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Seterusnya, pihak JKR akan mengemukakan laporan penilaian berserta anggaran kos kepada KPM,”katanya hari ini.

Kelmarin, kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor mengakibatkan kerosakan kepada 27 buah sekolah di Kuala Lumpur dan sembilan buah sekolah di Selangor.

KPM sentiasa mengambil berat perkara berkaitan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan seluruh warganya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.