Kepala air landa Titi Hayun, Sungai Seri Perigi

Kepala air landa Titi Hayun, Sungai Seri Perigi

KEJADIAN kepala air yang melanda kawasan peranginan Sungai Titi Hayun akibat hujan lebat di puncak Gunung Jerai, Yan. -IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Kejadian kepala air berlaku di kaki Gunung Jerai, di sini petang ini sehingga mengakibatkan Sungai Titi Hayun dan Sungai Seri Perigi melimpah dan menimbulkan kegusaran kepada 30 keluarga di situ.

Bagaimanapun limpahan air deras bermula pukul 6.40 petang itu tidak memasuki rumah penduduk di kawasan sepanjang kedua-dua sungai terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali berkata, hujan lebat di puncak gunung dikesan bermula kira-kira pukul 6 petang sebelum berlarutan hampir sejam kemudian.

“Selepas melakukan pemantauan sebaik hujan lebat, paras kedua-dua air sungai melebihi paras biasa dan segera mengarahkan penduduk mengambil langkah keselamatan.

“Walaupun arus deras hingga menyebabkan air melimpah memenuhi jalan di kawasan berkenaan, namun sehingga kini tiada rumah penduduk yang dimasuki air,” katanya ketika dihubungi.

Kata Norhamidi, selain pihak bomba, pelbagai agensi lain turut membuat pemantauan dan sehingga pukul 8.15 malam ini, keadaan masih terkawal dan tiada penduduk dipindahkan.

“Kami bersama agensi lain masih memantau keadaan berdasarkan keadaan hujan yang dijangka berlaku malam ini dan menasihatkan penduduk supaya lebih peka dengan keadaan semasa,” katanya.

Dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos 2021, enam mangsa terkorban manakala 1,732 rumah, 124 premis dan 14 chalet pelancongan desa turut terjejas akibat fenomena alam itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.