GUA MUSANG: Kemarau dan taburan hujan rendah menyebabkan air Sungai Nenggiri di sini semakin surut sekali gus menjejaskan pendapatan jurumudi bot dan nelayan yang menjadikan kawasan itu sebagai sumber utama rezeki bagi menyara keluarga. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, beting pasir dan batu-batuan yang terdapat di dalam sungai berkenaan mulai timbul di permukaan. Seorang jurumudi bot, Shaari Mustapa, 55, berkata, sejak kemarau melanda kawasan berkenaan, dia berpaksa ‘berehat’ buat seketika daripada…










