KDN ambil maklum laporan keberadaan Jho Low

KDN ambil maklum laporan keberadaan Jho Low

SAIFUDDIN Nasution Ismail ketika mengadakan lawatan ke kaunter khas jemaah haji, kaunter imigresen Arab Saudi di KLIA Terminal 1 Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perkembangan pelarian antarabangsa, Low Taek Jho atau Jho Low adalah dalam pengetahuan dan pemakluman Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagaimana dilaporkan secara meluas media.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau bagaimanapun enggan mengesahkan laporan yang mendakwa keberadaan Jho Low itu.

“Perkara itu dalam pemakluman kami (KDN), itu memadai untuk apa-apa urusan akan datang, namun (pengesahan keberadaan Jho Low) itu bukan keluar dari mulut saya.

“Apa pun kita akan mengikut langkah sewajarnya, buat masa sekarang kekal begitu. Kita juga tidak bercadang untuk ulas lanjut perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan Menteri Dalam Negeri ke Kaunter Khas Jemaah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Menurut laporan Al Jazeera yang memetik kenyataan bertulis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, Jho Low dipercayai kini ‘berada di Macau’ selepas menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.

Dakwaan itu dibuat selepas beberapa individu pernah melihat Jho Low di Macau.

“SPRM percaya, beberapa individu yang dikehendaki untuk kes 1MDB, termasuk Jho Low kini berada di Macau,” menurut kenyataan tersebut.

Pendedahan itu dibuat beberapa minggu selepas seorang daripada suspek kes 1MDB, Kee Kok Thiam ditahan SPRM pada 3 Mei lalu selepas pesawat yang membawanya dari Macau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Lelaki berusia 51 tahun itu dihantar pulang dari Macau kerana tinggal di wilayah itu melebihi tempoh visa.

Kok Thiam bagaimanapun dibebaskan selepas disoal siasat SPRM dan badan itu memaklumkan ‘tiada sebarang pendakwaan akan dibuat terhadapnya’ ketika ini.

Hari ini, media turut melaporkan, pengarang bersama ‘Billion Dollar Whale’, Bradley Hope mendakwa Jho Low dipercayai berada bawah tahanan rumah di Shanghai, China.

“China mengawal Jho Low dengan ketat disebabkan rundingan dengan Malaysia, juga kerana penaungnya dalam perkhidmatan pengintipan ditangkap dan rakan kongsinya di CCCC (China Communications Construction Company) disingkirkan,” katanya menurut portal berita FMT. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.