Kalimah Allah: KDN, kerajaan tarik balik rayuan

Kalimah Allah: KDN, kerajaan tarik balik rayuan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.

Notis perberhentian tersebut telah difailkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 18 April lalu.

Menurut notis berkenaan, menyatakan bahawa KDN dan Kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan turut menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan telah merekodkan penarikan balik tersebut.

Sementara itu, peguam Annou Xavier yang mewakili penganut Kristian dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill turut mengesahkan perkara sama.

“Berikutan penarikan tersebut, keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 10 Mac 2021 kekal,”katanya.

Pada 10 Mac 2021, Hakim Nor Bee Ariffin yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran namun tertakluk pada syarat-syarat tertentu.

Selain kalimah Allah, tiga lagi perkataan yang boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian ialah `Allah’, `Kaabah’, `Baitullah’ dan `solat’.

Bagaimanapun, penerbitan buku agama atau bahan keagaamaan Kristian yang menggunakan empat perkataan itu perlu disertakan dengan penafian (disclaimer) ‘Hanya untuk penganut Kristian sahaja’ pada kulit buku beserta lambang salib.

Hakim itu memutuskan demikian dalam semakan kehakiman yang difailkan Jill Ireland.

Jill Ireland yang merupakan seorang wanita Melanau memfailkan semakan kehakiman pada 2008 memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah dan relif bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya telah dihalang melalui sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.

Ketika membaca penghakimannya, Hakim Nor Bee menyatakan berdasarkan polisi Kabinet pada 1986, empat perkataan tersebut boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian dengan syarat, di bahagian luar kulit buku-buku berkenaan perlu dituliskan ‘dengan syarat di luar kulit buku-buku itu ditulis untuk agama Kristian sahaja.’

Selain itu, Hakim Nor Bee ketika membaca penghakimannya selama hampir dua jam menyatakan, bahasa Malaysia merupakan bahasa pertuturan utama di Sabah serta Sarawak dan tidak dinafikan bahawa bahasa Malaysia dan kalimah Allah telah digunakan oleh penganut Kristian dalam mengamalkan ajaran mereka.

Pada 2014, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan cakera padat itu dipulangkan namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya