Kalau kami putus, kenapa saya muat naik gambar dia? - Shila Amzah - Utusan Malaysia

Kalau kami putus, kenapa saya muat naik gambar dia? – Shila Amzah

PETALING JAYA: “Hubungan kami setakat ini baik-baik sahaja. Cuma mungkin saya yang berada dalam keadaan tidak baik.”

Demikian jawapan penyanyi, Shila Amzah ketika menjawab pertanyaan peminat berhubung dakwaan kononnya dia sudah menamatkan hubungan cinta dengan pempengaruh, Ubai.

Kongsinya, keadaan kurang baik seperti yang dimaksudkan juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan teman lelakinya.

“Ada masa memang saya akan melalui fasa tidak okey itu dan mahu menjadi diri sendiri 100 peratus. Tetapi keadaan itu bukan disebabkan ubai.

“Saya rasa sekarang ramai yang tidak sensitif dan semua orang ada fasa jatuh bangunnya.
“Ramai jangka hubungan kami putus dan putar beli apa yang saya cuba sampaikan. Itu hanya perkongsian untuk menghargai Ubai, tetapi ramai tak faham,” katanya.

Penyanyi Masih Aku Cinta itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peminat menerusi siaran langsung di Instagram.

Terdahulu, Shila memuat naik gambar bersama Ubai dengan kapsyen berterima kasih untuk segala yang telah dilakukan lelaki itu sepanjang lima bulan percintaan mereka.

Namun, penyanyi itu kemudian memadam kapsyen tersebut dengan menenangkan peminat dengan mengatakan hubungan mereka baik.

Sementara itu, penyanyi Memori Tercipta turut menjelaskan perkongsian itu bukan untuk menuai buruk sangka warganet dengan kapsyen serta gambar yang mengundang persoalan.

“Kalau kami putus, kenapa saya muat naik gambar dia? Saya bukan mengundang perkara negatif tetapi sebenarnya bergantung kepada cara pemikiran anda.

“Kalau negatif pemikiran anda, maka perkara positif pun akan dilihat dari sudut bertentangan,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`