JIM sedia 10 kaunter khas jemaah haji di KLIA

JIM sedia 10 kaunter khas jemaah haji di KLIA

RUSLIN Jusoh ketika meninjau persiapan akhir kaunter imigresen untuk pelepasan jemaah haji di KLIA Terminal 1. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyediakan 10 kaunter khas imigresen bagi melancarkan pergerakan jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, kaunter khas itu ditambah bagi memudahkan jemaah haji melalui proses imigresen sebelum berangkat ke Mekah.

Beliau berkata, sebelum ini hanya enam kaunter khas disediakan, namun kali ini empat lagi kaunter ditambah yang akan beroperasi bermula Ahad ini hingga 21 Jun depan.

“Seramai 31 pegawai imigresen akan ditempatkan di kaunter khas itu,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pengoperasian kaunter khas itu di KLIA, hari ini.

Katanya, pihak Arab Saudi menyediakan 10 kaunter bagi memastikan kelancaran pergerakan dan pelepasan jemaah.

Dalam pada itu, Ruslin berkata, pihaknya memberi jaminan akan memantau perkembangan proses pergerakan jemaah haji dari semasa ke semasa.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 31,600 orang jemaah Haji akan berangkat ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji melalui 102 penerbangan bermula Ahad ini.

Difahamkan, penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dijadual pada awal pagi Ahad.

Pada 12 dan 14 Mei lalu, seramai 670 petugas haji berlepas ke tanah suci meliputi pasukan kebajikan, perubatan, beberapa agensi luar dan media tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya