Daripada MOHD. TURMADZI MADUN Melaporkan dari Mekah MEKAH: Kursus asas dianjurkan Tabung Haji (TH) di Malaysia sangat berguna apabila rata-rata kumpulan jemaah haji pertama yang melakukan umrah wajib pada Jumaat lalu lulus cemerlang tanpa memerlukan mereka membayar dam. Pengarah Operasi Bimbingan Haji, Ustaz Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, pemeriksaan balas yang dibuat terhadap jemaah sebaik mereka selesai melakukan umrah mendapati rata-rata mereka faham mengenai rukun dan wajib umrah. Menurut beliau, umrah wajib perlu dilakukan apabila jemaah masuk ke Mekah dari Madinah kerana mereka berniat untuk mengerjakan haji tamatuk. “Ketika berkursus,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya