Jangan tukar kerajaan tengah jalan - Mohamad Sabu - Utusan Malaysia

Jangan tukar kerajaan tengah jalan – Mohamad Sabu

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: ”Jangan tukar kerajaan tengah jalan, tak baik.”

Itu pesanan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mengenai cubaan sesetengah pihak yang dikatakan sedang berusaha untuk menjatuhkan gabungan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, mana-mana pihak tentunya ada yang tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan, namun menjatuhkan kerajaan yang telah dibentuk bukan sesuatu yang wajar dilakukan.

”Kalau tidak suka boleh hentam kita, boleh maki kita, lepas empat tahun boleh tukar, jangan tukar kerajaan tengah jalan, tak baik,” katanya ketika berucap dalam majlis Rumah Terbuka Rahmah Aidifitri anjuran Parti Amanah di Teluk Kumbar, di sini hari ini.

Sebelum ini, timbul dakwaan sesetengah pihak kononnya wujudnya akaun bersumpah (SD) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Mengulas lanjut ketika sidang akhbar, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, pihak-pihak yang mendakwa mempunyai SD yang mencukupi itu sepatutnya membawa perkara tersebut ke Parlimen.

”Kita bersetuju dengan pendirian Anwar bahawa mana-mana pihak yang mahu mengubah kerajaan, sila bawa perkara ini ke Parlimen kerana inilah tempat yang terbaik.

”Kalau boleh jangan tukar tengah jalan tetapi kalau mereka ada cukup bilangan, kita nak buat macam mana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, diminta mengulas mengenai dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kononnya Parti Amanah sedang dibuli oleh parti-parti lain di dalam Pakatan Harapan (PH), Mohamad bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

”Saya tidak mahu komen soal Menteri Besar Kedah, bagi saya dia Menteri Besar merapu,” katanya.

Sementara itu, berhubung kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik Amanah yang kini diintai UMNO, Mohamad berkata, perkara tersebut masih lagi dalam peringkat rundingan antara parti-parti terlibat.

”Ia masih dibincang dan akan diputuskan oleh pimpinan, saya tidak boleh kata kita bersedia atau tidak (menyerahkan kerusi kepada UMNO), ia masih dalam rundingan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya