Isu Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi kena faham Perlembagaan - Anwar

Isu Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi kena faham Perlembagaan – Anwar

Isu Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi kena faham Perlembagaan - Anwar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Noor supaya memahami Perlembagaan.

Ia berhubung kenyataannya semalam yang mendakwa Pulau Pinang masih hak milik Kedah.

Anwar berkata, beliau sepatutnya terikat dengan aspek perundangan dan setiap pemimpin perlu menghormati perjanjian Perlembagaan yang telah diperkenan oleh Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Kedah dalam isu tersebut.

“Kadangkala bila seorang pemimpin berucap dia kena faham Perlembagaan, dia kena faham perjanjian.

“Walaupun ada perjanjian 300 tahun dulu, 1,000 tahun dulu, dia ada perjanjian terakhir penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan itu jelas.

“Saya boleh komen ini berdasarkan ulasan Peguam Negara yang cukup keras dalam bidang ini iaitu menghormati perjanjian Perlembagaan yang diperkenan oleh semua Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Kedah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil “Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia”, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.

Anwar berkata demikian mengulas kenyataan Muhammad Sanusi semalam yang menegaskan Pulau Pinang adalah milik Kedah kerana kedua-dua negeri tidak mempunyai sempadan.

Katanya, Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya